💬 Sesi Perkongsian Dalam Talian: Proses Pemantauan FRGS dan Integriti Penyelidikan anjuran RCMO, USM
Assalamualaikum wbth
Alhamdulillah, saya telah selesai memberikan ceramah (lebih tepat lagi, berkongsi pengalaman) bersama penyelidik-penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi Ketua Penyelidik (Principal Investigator, PI) bagi geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dari tahun 2020 hingga 2022.
Dengan kehadiran seramai 280 orang, saya harap perkongsian ini memberi manfaat kepada semua yang hadir. Saya berkongsi pandangan dan strategi tentang elemen-elemen penting dalam laporan pemantauan FRGS yang perlu dihantar oleh PI setiap enam bulan melalui sistem myGRANTS.
Saya berharap sesi ini bukan sahaja memberi inspirasi tetapi juga memberi panduan praktikal kepada para penyelidik untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam projek masing-masing dan melaporkannya dalam sistem bagi tujuan pemantauan berkesan oleh pihak RCMO dan juga KPT. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terlibat dalam menjayakan sesi ini. Semoga usaha kita semua diberkati dan membawa manfaat yang berpanjangan.
Comments
Post a Comment